Wednesday, August 25, 2010

Saya nak jadi CHEF !


Dulu-dulu, masa saya di sekolah rendah, cita-cita saya nak jadi doktor bila besar (oh cita-cita tipikal kanak-kanak haha ;p).

Tapi, apabila saya di sekolah menengah, cita-cita saya nak jadi pakar diet pula! Haha! Sebab itu saya masuk kelas belajar Biologi. (Kononnya lah ;D). Kemudian, bertukar lagi. Sekejap nak jadi Akauntan, lepas tu Doktor Bersalin, lepas tu Peguam dan macam-macam lagi!( Memang jenis tak tetap pendirian haha)


Tapi sekarang, selepas saya sudah tamat ijazah dalam Bisnes, saya ingin belajar tentang perkara lain. Dan juga, cita-cita saya turut berubah. Saya nak jadi CHEF pula!


MACAM MANA NI? Konfius konfius =_='

Monday, August 23, 2010

Salam Ramadhan!




Assalamualaikum w.b.t semua!

RAMADHAN datang lagi! Bulan yang penuh kemuliaan muncul semula!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya masih lagi berpeluang bertemu dengan bulan Ramadhan ini :)

Di bulan Ramadhan, adalah lebih baiknya kita memperbanyakkan amalan dan mengelakkan segala kemungkaran. Tambah-tambah lagi di bulan ini, amalan yang kita lakukan, ganjaran berlipat kali ganda. Seronok rasanya kan? (>.<)

Jangan lepaskan peluang melakukan solat sunat Terawikh ye!! :)


Akhir kata,

Salam Ramadhan untuk semua!

Thursday, June 10, 2010

HELLO SEMUA :)



Ini blog baru daripada saya. *Yay akhirnya saya ada juga blog!* :D

Hehe. Setelah sekian lama tangguh tu. Tapi tak mengapa. Biar lambat, daripada tak ada langsung, betul tak? Hihi.Ini pertama kali saya menulis di sini. Tunggu ya. Nanti saya akan tulis apa-apa cerita yang saya rasa akan dan mahu di'share'kan dengan awak semua. Tak sabar pula saya. ;)

Sebelum itu, saya mahu tanya. Kawan-kawan semua bagaimana? Sihat? Sekarang tengah musim cuti sekolah ni. Ada pergi bercuti? Hehe. Tidak kisah sama ada bersama-sama kawan ataupun keluarga, pastikan awak semua jaga diri tau.

JANGAN MANDI SUNGAI. JANGAN MAIN MERCUN. Eh, macam dah nak raya pula ya? Hehe.

Apa-apa pun, jaga diri ye!