Wednesday, August 25, 2010

Saya nak jadi CHEF !


Dulu-dulu, masa saya di sekolah rendah, cita-cita saya nak jadi doktor bila besar (oh cita-cita tipikal kanak-kanak haha ;p).

Tapi, apabila saya di sekolah menengah, cita-cita saya nak jadi pakar diet pula! Haha! Sebab itu saya masuk kelas belajar Biologi. (Kononnya lah ;D). Kemudian, bertukar lagi. Sekejap nak jadi Akauntan, lepas tu Doktor Bersalin, lepas tu Peguam dan macam-macam lagi!( Memang jenis tak tetap pendirian haha)


Tapi sekarang, selepas saya sudah tamat ijazah dalam Bisnes, saya ingin belajar tentang perkara lain. Dan juga, cita-cita saya turut berubah. Saya nak jadi CHEF pula!


MACAM MANA NI? Konfius konfius =_='

Monday, August 23, 2010

Salam Ramadhan!




Assalamualaikum w.b.t semua!

RAMADHAN datang lagi! Bulan yang penuh kemuliaan muncul semula!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya masih lagi berpeluang bertemu dengan bulan Ramadhan ini :)

Di bulan Ramadhan, adalah lebih baiknya kita memperbanyakkan amalan dan mengelakkan segala kemungkaran. Tambah-tambah lagi di bulan ini, amalan yang kita lakukan, ganjaran berlipat kali ganda. Seronok rasanya kan? (>.<)

Jangan lepaskan peluang melakukan solat sunat Terawikh ye!! :)


Akhir kata,

Salam Ramadhan untuk semua!