Sunday, March 6, 2011

Asam Pedas Melaka? Oh YES!

Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Hehe i Alhamdulillah sihat dah. Petang tadi siap pergi ke gym, tapi bila balik badan jadi sakit-sakit la pula. HAHA.

Ok, malam ni i nak update satu resipi ni. U all semua suka tak makan Asam Pedas Melaka?

Mcm i, i SANGAT lah suka! Nak resepi? Jom tengok!


BAHAN-BAHAN:

(A) Bahan Kisar:

1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3cm kunyit hidup
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
30 tangkai cili kering (dibuang biji & direndam dalam air panas utk seketika)

(B) Bahan Tumisan:

1 labu bawang besar (dihiris)
1/2 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh halba
5 helai daun kari
3 helai daun limau purut
5 sudu besar minyak masak

(C) Bahan Lain:


500gm ikan tenggiri
2 sudu besar pati asam jawa (yang pekat punya)
2 biji tomato (dipotong 4)
1 biji terung bulat (dipotong separa nipis)
10 biji bendi (bergantung pada citarasa masing2)
1 tangkai bunga kantan (dipotong 2)
2 sudu teh garam
1 sudu besar 'palm sugar'
2 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ayam
Beberapa helai daun kesum
Air secukupnya (i guna dalam sukatan 3 pot nasi)

CARA-CARA:

1) Cili kering yg telah direndam tadi dikisar bersama-sama dengan BAHAN KISAR yang lain dengan 1 pot air.
2) Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan hirisan bawang besar. Kemudian masukkan BAHAN TUMISAN yang lain. Tumis sehingga naik bau.
3) Masukkan BAHAN KISAR tadi. Masak sehingga pecah minyak.
4) Kemudian, masukkan pati asam jawa dan kacau seketika. Selepas itu, masukkan air dan ikan tenggiri serta bunga kantan. Begitu juga dengan terung. Biarkan seketika selama 1 minit.
5) Selepas itu, masukkan bahan-bahan perasa seperti sos tiram, kiub pati ayam, 'palm sugar' dan juga garam. Kacau kan untuk seketika.
6) Bendi dan tomato dimasukkan pada saat-saat akhir masakan. Begitu juga dengan daun kesum. Biarkan selama 1 minit.
7) Apabila segala rasa sudah sebati dan ikan juga sudah masak, hidangkan bersama-sama dengan nasi panas.

Amacam u all?

Rasa-rasa nak cuba tak? Tak susah pun kan? Hehe.

Just give it a try yup? ;)

SELAMAT MENCUBA!

Friday, March 4, 2011

Sambal Tumis Telur Rebus. YUMMY!

Assalamualaikum. :)

Apa khabar korg? Sihat? I baru je baik dari demam & food poisoning.

Today i mengidam nak makan Sambal Tumis Telur Rebus. Ish, tak boleh nak tahan.

Jadi i pun pergi masuk dapur utk masak sambal tumis yang i nak ni. Hasilnya?

YUMMY!
;p

Nak resepi? Meh i share meh! (ni style i tau, maybe ada beza sikit dengan org lain hehe)

BAHAN-BAHAN:

6 biji telur ayam
4 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
3 sudu besar cili boh
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar pati air asam jawa (yang pekat punya)
1 sudu teh kiub pati ayam
1 sudu besar air asam limau
4 sudu besar minyak masak
1 sudu besar bawang goreng
Air
Secubit garam
Sedikit daun ketumbar sebagai hiasan


CARA-CARA:

1) Telur ayam direbus dan dikupas kulitnya. Kemudian digoreng sedikit sehingga permukaan jadi kekuningan.


2) Bawang putih dicincang kasar. Manakala, bawang besar pula dihiris halus.
3) Panaskan kuali. Masukkan minyak masak.
4) Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan cili boh. Biarkan sehingga cili boh jadi pecah minyak.


5) Kemudian, masukkan pati air asam jawa. Kacau.
6) Selepas itu masukkan sos tiram, kicap manis, air asam limau, kiub pati ayam & garam. Tambahkan sedikit air.
7) Taburkan bawang besar dan bawang goreng. Kacau sehingga sebati.
8) Masukkan pula telur rebus yang telah digoreng tadi. Biarkan seketika.
9) Hidangkan dgn taburan daun ketumbar bersama-sama dgn nasi panas.


Rasa YUMMY tak?

SELAMAT MENCUBA!