Tuesday, July 24, 2012

Cucur Cempedak Goreng

"Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya ini mahu belajar,
Ade resipi boleh tunjukkan?"


Wah berpantun gitu! HEHE .. Just a quick update untuk ruangan resipi I ni.
Sementara menunggu waktu berbuka (terlebih rajin pula kan?) LOL

CUCUR CEMPEDAK GORENG


BAHAN-BAHAN:

Sebiji buah cempedak yg masak ranum (dikeluarkan isinya)
1 cawan tepung naik sendiri (i pakai jenama Bluekey)
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar madu
1 sudu kecil garam
Secubit serbuk kunyit
Air secukupnya
*I guna cawan kopi yg kecil utk sukatan)

CARA-CARA:

1)Campurkan ketiga-tiga tepung bersama-sama dgn gula perang, madu, garam dan serbuk kunyit.
2)Masukkan air dan gaulkan sehingga adunan menjadi pekat (pastikan adunan tidak cair).
3)Masukkan ketulan buah cempedak dan sebatikan.
4)Biarkan adunan untuk seketika (I biarkan selama 30minit-1jam)
5)Panaskan kuali bersama-sama dgn minyak.
6)Gorengkan sehingga kekuningan.
7)Toskan cucur menggunakan tisu dapur.
8)Sedia untuk dimakan!

SENANGKAN??? Cuba praktikkan ye resipi ni! Sure terer dan sedap nanti! XD

SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment