Tuesday, June 5, 2012

Solok Lada Cik Siti Wan Kembang

Assalamualaikum (^_^)v

Siapa suka makan Solok Lada?

Tahu tak apa itu Solok Lada? Sila lihat gambar dibawah jika awak tak tahu ye ;p



*Macam mana? Sekarang tau dah apa itu Solok Lada? HEHE*

FYI, Solok Lada ni selalunya dimakan bersama-sama dengan Nasi Kerabu. YUMMEH! Tapi, saye lebih suka makan begitu saje kihkihkih *GILA*

Ia merupakan salah satu jenis masakan daripada negeri Cik Siti Wan Kembang. Cewah nama negeri glamornya! Hahaha!

Nah, saye kongsi resepi Solok Lada ni. Bila buat sendiri, puas sikit makan kan? ;)

Solok Lada Cik Siti Wan Kembang

10 biji lada Kelantan
1/2 biji kelapa parut
2 ekor ikan (saye pakai ikan Penalin)
12 biji lada hitam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu besar kerisik basah
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1) Belahkan lada dibahagian tengah secara memanjang. Kemudian, rendamkan dalam air.

2) Kukuskan ikan Penalin tadi sehingga masak. Sejukkan dan buangkan semua tulangnya.

3) Tumbukkan bahan-bahan seperti lada hitam, halia, bawang merah dan putih terlebih dahulu.

4) Kemudian, tumbukkan sekali kelapa parut dan juga ikan kukus tadi sehingga lumat dan sebati. Selepas itu, masukkan ke dalam bekas.

5) Masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa. Gaulkan bahan-bahan tersebut.

6) Sumbatkan adunan ke dalam belahan lada. Mampatkan dan susunkan ke dalam periuk.

7) Tuangkan santan ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih. Jangan terlalu lama nanti lada jadi lembik sangat. Sedia untuk dihidang.

Senang kan nak buat Solok Lada ni? (^_^)

SELAMAT MENCUBA!






No comments:

Post a Comment