Monday, July 30, 2012

Mee Kung Fu Wachaa

Assalamualaikum semua! Apa khabar? I sihat, Alhamdulillah. Harap korang semua pun begitu juga =)

Hari ini sudah masuk hari ke-10 kita semua berpuasa! Wah, cepat kan masa berlalu?

Anyway, ada sesiapa teringin nak masak mee tak petang ini? Jom kita cuba resipi mee ni!


MEE KUNG FU WACHAA

BAHAN-BAHAN: (untuk 1 orang makan)

1 mangkuk mee kuning (direndam dengan air panas dulu)
2 biji telur
2 ketul sotong (dibersihkan dan dipotong)
2 ulas bawang putih (dihiriskan)
2 cm halia muda (dihiriskan)
1 biji cili merah besar (dihiriskan)
2 biji cili padi (diketukkan - ikut selera pedas kalau nak lebih)
8 biji lada hitam (ditumbukkan separa hancur)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung (dicampurkan dengan sedikit air)
Sedikit sayur sawi dan lobak merah (dibersihkan dan dipotongkan)
Garam secukup rasa

CARA-CARA:

1)Toskan mee kuning yg direndamkan dgn air panas. Pukulkan telur dan campurkan mee kuning bersama-sama dgn telur.
2)Panaskan 'non-stick frying pan'. Gorengkan campuran mee kuning dan telur tersebut. Toskan dgn tisu dapur bila sudah masak. Biarkan ia sejuk utk seketika.


3)Panaskan kuali dgn minyak. Tumiskan bawang putih. Apabila sudah naik bau, masukkan halia dan cili padi serta lada hitam. Kacaukan.
4)Masukkan potongan sotong. Kacaukan dan biarkan untuk seketika sampai sotong masak.
5)Masukkan pula potongan lobak merah, sawi dan cili merah. Kacaukan.
6)Kemudian, masukkan sedikit air, sos tiram dan kicap cair. Taburkan sedikit garam jika perlu. Masukkan air tepung jagung dan kacau sampai kuah jadi sedikit pekat.
7)Mee kuning yg sudah sejuk dipotong empat segi kecil. Kemudian masukkan ke dalam kuali. Hidangkan dgn sedikit bawang goreng. NYUMMMMMMMM!!!

Haih jadi lapar pulak perut I ni. =____=" HAHAHA

SELAMAT MENCUBA!

Sunday, July 29, 2012

Warm Lava Chocolate Cake

Assalamualaikum all!

Are you a chocolate cake lover? How about a homemade chocolate cake with a lava-like inside it?
This is a very romantic shekshi chocolate cake. And you will know why I said that by looking at the picture below :D



Check out the recipe then!

WARM LAVA CHOCOLATE CAKE

INGREDIENTS:

125gm of butter (I used Buttercup)
125gm of plain flour
150gm of dark chocolate (I used Van Houtten Semi-Sweet Dark Chocolate)
150gm of sugar
3 large eggs
1 teaspoon of cocoa powder
1 teaspoon of vanilla essence
1/2 cup of water


METHOD:

1)Preheat the oven to 200C.
2)Melt the dark chocolate together with water and butter (double-boiling method)


3)Mix the eggs with vanilla essence. Pour the eggs into the bowl and quickly stir it to avoid the eggs from scrambled (picture 1)
4)Add the sugar and mix well.
5)Add the cocoa powder and flour into the bowl. Mix them well ( picture 2)


6)Buttered the baking cup and fill them up.


7)Bake them for 12 minutes in 200C oven.
8)Serve with vanilla ice-cream while it's still warm (´⌣`ʃƪ)


HAPPY TRYING!





Tuesday, July 24, 2012

Cucur Cempedak Goreng

"Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya ini mahu belajar,
Ade resipi boleh tunjukkan?"


Wah berpantun gitu! HEHE .. Just a quick update untuk ruangan resipi I ni.
Sementara menunggu waktu berbuka (terlebih rajin pula kan?) LOL

CUCUR CEMPEDAK GORENG


BAHAN-BAHAN:

Sebiji buah cempedak yg masak ranum (dikeluarkan isinya)
1 cawan tepung naik sendiri (i pakai jenama Bluekey)
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar madu
1 sudu kecil garam
Secubit serbuk kunyit
Air secukupnya
*I guna cawan kopi yg kecil utk sukatan)

CARA-CARA:

1)Campurkan ketiga-tiga tepung bersama-sama dgn gula perang, madu, garam dan serbuk kunyit.
2)Masukkan air dan gaulkan sehingga adunan menjadi pekat (pastikan adunan tidak cair).
3)Masukkan ketulan buah cempedak dan sebatikan.
4)Biarkan adunan untuk seketika (I biarkan selama 30minit-1jam)
5)Panaskan kuali bersama-sama dgn minyak.
6)Gorengkan sehingga kekuningan.
7)Toskan cucur menggunakan tisu dapur.
8)Sedia untuk dimakan!

SENANGKAN??? Cuba praktikkan ye resipi ni! Sure terer dan sedap nanti! XD

SELAMAT MENCUBA!

Mee Goreng Mamak

Assalamualaikum semua!

Hari ni dah masuk hari ke-4 umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa.
Amacam korang? Masih bertahan? Hehehe. Ade sesiapa teringin nak makan Mee Goreng Mamak tak?
Haa ape kata cuba masak sendiri guna resipi Rya ni :D

MEE GORENG MAMAK


BAHAN-BAHAN: (untuk 3 orang makan)

1/2 bungkus mee kuning / spagetti
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji cili merah besar (dihiris)
1 biji tomato (dipotong 4)
1 biji telur
5 biji cucur kelapa (resipi untuk ini ade disediakan di blog ini yay!)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis cap Kipas Udang
1 sudu besar cili boh Manja (kalau suka pedas, boleh tambah ikut citarasa sendiri)
2 sudu besar serbuk kari ikan (dicampur dgn sedikit air panas sampai jadi mcm 'paste')
3 sudu besar minyak utk menumis (I guna minyak Zaitun 'extra virgin')
Sedikit sayur sawi (bersihkan)
Sedikit taugeh (bersihkam)
Sedikit air
Garam secukup rasa
Beberapa hirisan limau
Sedikit daun sup (sebagai perhiasan)

CARA-CARA:

1)Rendamkan mee kuning dalam air panas utk seketika. Jika guna spagetti, rebuskan spagetti di dalam air yg mendidih bercampur dgn sedikit garam dan minyak zaitun.
2)Panaskan kuali bersama-sama dgn minyak.
3)Tumbukkan bawang putih dan merah. Kemudian tumiskan. Masukkan juga hirisan cili merah.
4)Setelah naik bau, masukkan cili boh. Masakkan sampai naik minyak.
5)Kemudian masukkan 'paste' kari ikan ke dalam kuali. Kacaukan dan biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak.
6)Masukkan mee kuning yg telah direndamkan tadi. Kacau sebati. Renjiskan dgn sedikit air supaya mee tidak menjadi kering.
7)Masukkan cucur kelapa. Kemudian masukkan kicap cair dan kicap manis. Kacau sentiasa.
8)Masukkan sayur sawi dan taugeh. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau segera bagi mengelakkan telur tersebut terlalu masak.
9)Letakkan garam secukup rasa. Jika mee nampak kering, renjiskan dgn air.
10)Sedia untuk dihidang dan MAKAN!

Tak sabar nak cuba resipi ni? Hehe

SELAMAT MENCUBA!

Salam Ramadhan!

Salam Ramadhan diucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia!






Cucur Kelapa

Pernah terfikir tak macam mana nak buat cucur kelapa yg banyak digunakan oleh peniaga rojak mamak di rumah?

Kalau ya, saya ada resipinya. (‾⌣‾)♉


CUCUR KELAPA

BAHAN-BAHAN

1 ulas bawang merah
1 cawan tepung gandum naik sendiri
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar sagu / kelapa kering
1/2 cawan kelapa parut basah
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA-CARA

1) Hiriskan bawang merah.
2) Kemudian campurkan hirisan bawang bersama-sama semua bahan-bahan yg ade.
3) Pastikan adunan tidak menjadi terlalu cair dan juga tidak terlalu pekat. Biarkan untuk seketika selama 15 minit.
4) Masukkan adunan cucur ke dalam kuali yg telah dipanaskan dgn minyak masak. Bentukkan adunan kepada size sederhana.
5) Toskan apabila cucur menjadi kuning keemasan. Biarkan sejuk dan sedia dihidang.


SELAMAT MENCUBA!