Sunday, February 27, 2011

Roti Sosej Rya's Style ;D

Yo! Tgk tajuk je dah macam poyo! Haha.

Hai korg!

U all nak tau tak? (tak nak? i nak bagitahu jugak! haha) I suka sgt mkn roti sosej. Tak tahu kenapa. Maybe sebab roti sosej senang bagi perut-kenyang-di kala-lapar-kerana-DIET. Haha.

I selalu tak puas hati dgn roti2 sosej yg jual di kedai tu. Macam tak puas bila makan. Rasa roti yg kosong, lepas tu sosej pun kecil2 je. Jadi, I pun fikir.

APA KATA KALAU I BUAT SENDIRI ROTI SOSEJ TU?

Bila cuba buat, hek eleh senang je nak buat roti sosej ni (poyo again! Sorry about that!Haha)


Nah, i share resepi dgn korg. Nanti boleh la cuba ye!

BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung gandum biasa
3 sudu besar gula aising
1 paket yis
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar minyak zaitun
6 batang sosej Black Pepper Ayamas
Secubit garam

CARA-CARA:


1) Tapis tepung gandum terlebih dahulu.
2) Kemudian, masukkan gula aising dan secubit garam. Sebatikan bersama-sama tepung gandum tadi.
3) Sementara itu, campurkan yis dgn sedikit air panas. Pastikan tidak sampai cair.
4) Masukkan campuran yis ke dalam sebatian tepung tadi. Adun sehingga sebati. Biarkan selama 1 jam untuk adunan mengembang.
5) Sosej dipotong setengah. Kemudian, gril kan sosej tersebut di dalam frying pan dgn minyak zaitun.


6) Selepas 1 jam, uli adunan tepung dgn sedikit taburan tepung. Bahagikan adunan tersebut kpd bulatan kecil sebesar bola golf.
7) Kemudian, bentukkan bahagian tersebut menjadi silinder dan lilitkan pada sosej tadi.
8) Bila dah selesai, simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam supaya tekstur roti tersebut menjadi lebih kenyal dan pejal.
9) Masukkan ke dalam oven yg telah di panas pada suhu 180'C. Bakar selama 10-15 minit.


10) Pastikan setiap 5 minit, roti sosej tersebut disapukan dgn campuran kuning telur dan esen vanilla.
11) Sedia dihidang!

Hehe, I tahu steps utk buat roti sosej ni macam rumit kan? Secara teori memang nampak susah, tapi jangan risau ye sebab secara praktikal tak susah mana pun. ;D

U mesti suka bila rasa roti sosej dari resepi ni!

SELAMAT MENCUBA!

Friday, February 25, 2011

Nasi Ulam Oh Nasi Ulam!

Hai hai hai! Lamanya i tak update blog i ni! Sorry sebab busy ngan kerja, kena buat OT lagi, tu yang tak sempat tu! *ALASAN! ALASAN! ALASAN!* ;D

Ok, hari tu i teringin nak makan nasi ulam. Punggah2 peti ais, YEH! Ada beberapa jenis ulam yg boleh diguna utk buat NASI ULAM! Auwwwww!

Jom Cekidout!

BAHAN-BAHAN:


Nasi (i buat cukup utk 2-3 org mkn)
3 batang serai
1 labu bawang merah besar
1 helai daun cekur
1/2 batang bunga kantan
3 biji cekur
3 batang kacang botor
6 biji cili padi (ikut citarasa masing2)
5 sudu besar kerisik kering
Segenggam daun kesum
Segenggam daun selom
Garam secukup rasa
1/4 biji limau nipis
2 ekor ikan goreng (i pakai ikan kembong)

CARA-CARA:

1) Semua bahan2 ulam dihiris halus2. Begitu juga dgn cili padi. Gaulkan semua di dalam bekas.


2) Ikan goreng tadi ditumbuk2. Tidak perlu sampai lumat. Masukkan ke dlm campuran ulam2 td.
3) Kemudian, masukkan nasi. Taburkan kerisik kering dan garam secukup rasa. Gaul lagi sekali sehingga sebati.
4) Perahkan limau nipis dan gaul untuk kali yang terakhir. Hidangkan.


Haa, mcm mana? Rasa nak cuba tak resepi ni? Hehe

Ringkas, cepat dan senang!

SELAMAT MENCUBA!

Sunday, February 13, 2011

Fried Egg with Shiitake Mushroom Sandwich




Hey all. It's Sunday. And it's raining heavily at my place right now.

So, how about we full our tummy with some sandwiches, shall we? ;p

This sandwich recipe is simple & really easy to make! Hehe

INGREDIENTS:

1 chicken egg
2 slices of wholemeal bread
1 cup of dried slice mushroom (can get it at Tesco)
Chili sauce
Tomato sauce
Tabasco hot sauce
Mayonnaise
A pinch of salt
A pinch of crush black pepper
Butter (to spread on the bread)

METHOD:

1) Cook the egg on a frying pan. Meanwhile, for the mushroom, boil it in a pot of water until the mushroom is soft. Strain the mushroom after that.
2) Spread some butter on the bread and then toast it on the frying pan together with the egg.
3) Wash the salad clean. As for the mushroom, mix it with some salt and pepper.
4) After the bread has turn golden brown, spread some mayonnaise on it.
5) Prepare the sauce. Mix together the tomato sauce, chili sauce & Tabasco sauce.
6) Prepare the sandwich by putting all of the ingredients one by one on the bread.
7) Once ready, cut the bread in the middle & ready to be served.

It's EASY right? Hehe and DELICIOUS too and good as a snack while watching the TV during rainy days XD.

HAPPY TRYING!

Wednesday, February 9, 2011

Pancake!


Good Morning! Selamat Pagi!

Pagi ni for breakfast saya buat Pancake (since I have the time & I don't have to go to work today hehe).

It's easy to make! Nak resepi? Let's check it out! XD

BAHAN-BAHAN:

A) ADUNAN TEPUNG:

3 senduk tepung gandum (i pakai senduk sup tu haha)
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 sudu besar gula 'icing'
1 biji telur
1 cawan susu (i guna saiz cawan kopi)
25gm mentega yang dicairkan (i pakai Buttercup)

B) SOS COKLAT:

50gm coklat masakan
25gm mentega (Buttercup)

CARA-CARA:


1) Adunkan bahan A sehingga sebati.
2) Untuk bahan B, gunakan cara 'double boiler' untuk mencairkan coklat dan mentega (rujuk gambar no. 1 & 2)
3) Panaskan 'non-stick frying pan'. Tuangkan adunan A dengan menggunakan senduk.
4) Apabila timbul 'bubble' pada permukaan adunan, alihkan. Masak sehingga kekuningan (rujuk gambar no. 3 & 4)
5) Hidangkan 'pancake' bersama-sama sos coklat. Aiskrim, madu atau 'maple syrup' juga boleh digunakan.

Bagaimana? Rasa nak buat tak Pancake hari ni? >.<

SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, February 8, 2011

Kueh Keria



Ni pula Kueh Keria. Pernah makan tak?
(Sorry gambar mcm ni, dah try rotate byk kali, tetap mcm ni juga bila upload kat sini huhu)

Kueh ni macam donat, tapi Malay style. Yeszaaaa!

BAHAN-BAHAN:

800gm ubi keledek
180gm tepung gandum
Sehelai daun pandan
Secubit garam
Minyak masak

Untuk sira gula:

3 sudu besar gula Melaka
Air secukupnya

CARA-CARA:

1) Rebus ubi keledek bersama-sama daun pandan dan secubit garam.
2) Lenyekkan ubi keledek dan campurkan dengan tepung gandum. Adunkan kedua-duanya sehingga sebati.
3) Bentukkan adunan tersebut menjadi seperti donut saiz mini. Goreng sehingga kekuningan. Toskan dengan tisu.
4) Gula melaka dilarutkan dengan air. Tapis kan. Kemudian di masukkan ke dalam kuali yang dipanaskan tanpa minyak.
5) Agak2 gula tu dah mendidih, cepat2 masukkan donut tadi. Gaulkan sehingga gula tersebut sebati dengan donut.
6) Angkat dan hidangkan.

LAZAT, MANIS, SENANG! Tunggu apa lagi? Selamat mencuba! ;D

A drama for those who loves to bake and has a dream to become a Baker




Drama korea ni sangat lah wajib ditonton.

KENAPA?

Sebab jalan cerita drama ni sangat menarik sampai i sendiri jadi addicted bila tengok!

I siap promote drama ni to my family members, uncles, aunties, cousins and friends sebab i rasa drama ni penuh dengan mesej2 pengajaran dalam hidup.

U all yang belum tengok lagi drama, make sure u all tengok tau!

It's one of the best rating korean drama for year 2010 for me! XD

Kueh Chek Mek Molek



Hah U all pernah tak try Kueh Chek Mek Molek? Mesti pernah kan?

Kueh yang gebu2, lepas tu dalamnya ada rasa gula. Emmm sedap dan senang untuk dibuat! Tak susah mana pun. Hehe XD


BAHAN-BAHAN:

4 biji ubi keledek
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
Minyak masak secukupnya

CARA-CARA:

1) Rebus ubi keledek dalam air dengan daun pandan dan garam.
2) Kemudian, lenyekkan ubi keledek sehingga lumat.
3) Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit dengan ubi keledek tadi sehingga sebati dan ulikan.
4) Bahagikan adunan tersebut mengikut saiz bola golf. Kemudian, masukkan sedikit gula di dalamnya.
5) Bentukkan adunan mengikut kreativiti anda.
6) Panaskan minyak dan gorengkan adunan sehingga kuning keemasan.
7) Sedia dihidang dan dimakan panas-panas.

Amacam? Senang kan?

SELAMAT MENCUBA!

Jom Masak!


Anda minat memasak tak?

Saya sangat suka memasak! Tapi sekarang macam dah kurang masa untuk ke dapur sebab dah mula bekerja (Alasan je tu. Tettt!)

Kadang-kadang, time weekends,kalau saya rajin *kalau yer* saya akan sibuk-sibuk masuk dapur and nak memasak *konon nya lah* haha

Memasak is a cool activity for me. Ia boleh kurangkan stress, boleh bagi kita yang perempuan ni senanglah nanti nak tawan bakal mertua kan hahaha sebab dah boleh masak, pastu boleh bagi badan naik (erkkkk habis lah =_=')

Here in this blog, saya nak kongsi sedikit resipi yang saya dah pernah try masak (gerenti sedap punya hehe). Nanti u all pun boleh la cuba!

XOXO

Happy New Year 2011 !


Happy New Year all! Welcome 2011 !! Happy Chinese New Year too! This year is a Rabbit year! My year! Heheheh XD

Let's begin our new year with a fresh start to everything yup!

XOXO

It's been a long time!


*bila lama sgt tunggu XD*

Hi all!

Wah lamanya dah tak berblog! Dah berapa bulan dah, sampai dah masuk tahun 2011! Haha!

Now, Im back! XD

Rasa nak berblog tu dah datang balik. Hehe idea dah banyak, sekarang pun dah kerja (errr rasa tua?).

Terkejut saya bila buka blog saya ni (after such a long time! Im sorry blog for ditching u away for quite some time!) bila tengok my blog background dah takde! So now im changing it to a new one (lawa tak? heheheh)

Here i am now. New start. A new beginning and a new look for my blog! Can't wait to blogging!